Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Hector Bidoglio, ketua jurulatih JDT baharu

    JOHOR BAHRU, 28 JULAI – Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bekas pemain Venezuela, Hector Bidoglio sebagai ketua jurulatih baharu berkuat kuasa serta merta.

    Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini.

    Menurut JDT, pengendali berusia 54 tahun itu memulakan karier kejurulatihan bersama kelab Argentina, Newell’s Old Boys sebelum menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.

    “Hector juga menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis. 

    “Beliau juga telah berguru dengan pengurus tersohor, Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009,” menurut kenyataan itu.

    Semalam, JDT menerusi hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers memaklumkan bahawa bekas ketua jurulatih, Benjamin Mora yang telah melatih pasukan Harimau Selatan sejak 2017, meninggalkan kelab itu untuk pulang ke Mexico bagi menyelesaikan urusan peribadinya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...