Heechul (Super Junior) dedah cabaran jadi bintang Kpop

PENYANYI Heechul mengakui tidak mudah untuk menjadi seorang bintang Kpop kerana banyak pengorbanan perlu dilakukan sebelum boleh mencapai kejayaan.

Heechul berkata, pada awal kemunculannya dahulu dia pernah tidur selama 30 minit sahaja sehari kerana jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti seni.

“Apa yang anda lihat adalah luaran tetapi sebenarnya orang tidak tahu pengorbanan yang perlu saya lakukan demi mengejar cita-cita sebagai penyanyi.

“Semua perkara perlu dilakukan dalam masa singkat termasuk persembahan, kemunculan di radio dan televisyen, temuramah dan sebagainya.

Heechul mengakui bukan mudah untuk bergelar sebagai seorang bintang Kpop yang berjaya.
Heechul mengakui bukan mudah untuk bergelar sebagai seorang bintang Kpop yang Berjaya.

“Kadang-kadang sampai lewat pagi baru boleh pulang ke rumah dan itu pun sempat tidur selama 30 minit sahaja kerana perlu bangun awal untuk aktiviti seterusnya,” katanya seperti dipetik dari Koreaboo.

Bagaimanapun kata Heechul, dia tidak pernah menyalahkan sesiapa kerana itu adalah pilihannya selain menyedari bukan mudah untuk berjaya.

“Walaupun jadual sentiasa padat tetapi kata-kata semangat daripada peminat membuatkan saya sentiasa bersemangat,” jelasnya.