Helikopter tentera laut AS terhempas

LOS ANGELES, 1 SEPT – Sebuah helikopter Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas di pantai San Diego, California semalam, lapor Xinhua.

Pengawal pantai dan tentera laut kini giat melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Helikopter MH-60S yang berlepas dari USS Abraham Lincoln (CVN 72) terhempas ketika melakukan operasi penerbangan rutin kira-kira 60 batu nautika dari pantai San Diego pada 4:30 petang Selasa,” menurut kenyataan Angkatan Tentera Laut AS. Bagaimanapun, kenyataan itu tidak mendedahkan jumlah mangsa yang terlibat. – Bernama