Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Helikopter terhempas dalam perjalanan ambil ketua polis

    MANILA, 21 FEB – Sebuah helikopter polis terhempas hari ini ketika ia dalam penerbangan ke sebuah resort untuk mengambil ketua polis negara, membunuh seorang kru dan mencederakan dua lagi juruterbangnya, kata pegawai.

    Helikopter Airbus H125 hilang sebaik sahaja berlepas dari Manila dan ditemui dua jam kemudiannya, terhempas di wilayah Quezon, kata pegawai polis.

    Polis dan pasukan bomba tiba di tapak nahas dan berjaya menyelamatkan juruterbang dan pembantunya yang dibawa ke hospital kerana kecederaan, namun kru ketiga tersepit dalam bangkai helikopter dan meninggal dunia ketika penyelamat cuba memberikan bantuan pernafasan, menurut pegawai.

    Helikopter satu enjin itu sedang dalam perjalanan ke pulau Balesin, sebuah kawasan pantai dan peranginan mewah di Quezon, untuk mengambil ketua polis negara, Jeneral Dionardo Carlos dan pengiringnya. Carlos dijadualkan berlepas ke Manila dalam pesawat komersial bagi menghadiri majlis menaikkan bendera, namun tiada penerbangan tersedia dan unit aviasi polis menawarkan untuk mengambilnya, kata jurucakap polis, Kolonel Jean Fajardo.

    Polis mengarahkan lima helikopter H125 digantung sementara siasatan nahas dijalankan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...