Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Helikopter terhempas di Songkhla

    SONGKHLA, 15 JULAI – Sebuah helikopter membawa komander tentera wilayah, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak dan enam yang lain dilaporkan terhempas di daerah Thepa di Songkhla hari ini dan kesemua penumpang mengalami cedera ringan.

    Jurucakap Tentera Keempat Kol Pramote Prom-in berkata helikopter Black Hawk mengalami masalah enjin pada kira-kira 8 pagi (waktu tempatan) semasa dalam perjalanan dari kem tentera Senanarong di Hat Yai, Songkhla menuju ke Kem Sirindhorn di daerah Yarang, Pattani.

    Beliau berkata juruterbang cuba membuat pendaratan kecemasan tetapi helikopter itu melanggar pokok di sebuah ladang getah.

    “Juruterbang dan enam penumpang lain termasuk Kriangkrai mengalami cedera ringan.

    Kesemua mereka dihantar ke Hospital Thepa.

    “Mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas dipindahkan ke Hospital Songklanagarind di Hat Yai,” katanya kepada pemberita.

    Sementara itu, Bangkok Post melaporkan Kriangkrai sedang dalam perjalanan rasmi untuk memeriksa wilayah sempadan. Menurut laporan itu helikopter berkenaan sudah digunakan sejak 17 tahun lalu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...