Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Heliza sah bergelar isteri jutawan

    Penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi, 36, kini bergelar isteri ahli perniagaan dipercayai jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

    Heliza sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah Al-Quran.

    Berita perkahwinan Heliza dan Mahadi dikongsi oleh perunding perkahwinan, Fizz dari BenSignatures Event Wedding Planner.

    “Butiran selanjutnya belum diperoleh kerana pasangan pengantin masih diraikan atas pelamin.

    “Heliza ada memaklumkan akan berkongsi berita perkahwinannya ini,” kata Fizz ketika dihubungi media.

    Usai nikah, pasangan pengantin diraikan bersama ahli keluarga dan kenalan terdekat di Lanai Asmara, Putrajaya. Menerusi hantaran video menerusi Instagram Story, jurufoto Aqo Imran, Heliza mengakui berdebar sebelum acara akad nikah dijalankan.

    “Berdebar-debar. Perasaannya nak semua orang doakan yang terbaik,” katanya ringkas.

    Difahamkan, suami Heliza adala pengasas dan Presiden AUF MBZ Concortium iaitu syarikat yang menawarkan perkhidmatan pelaburan kewangan. Terdahulu, Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi mengakui, tidak pernah tertekan saat disoal mengenai jodoh. “Keutamaan saya kepada keluarga dan misi kemanusiaan yang dilakukan.

    “Saya bersyukur ibu bapa tidak memberi sebarang tekanan mengenai soal jodoh,” katanya. – Agensi

    Heliza Helmi kini bergelar isteri ahli perniagaan dipercayai jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...