Hello Kitty tampil di Hollywood

TOKYO, 6 Mac – Ikon comel berwajah bulat popular Jepun, Hello Kitty, akan membuat penampilan dalam filem Hollywood buat kali pertama tidak lama lagi dalam sejarah 45 tahun usianya, kata pencipta watak itu hari ini.

Pencipta karektor kucing itu, Sanrio, mengumumkan ia bekerjasama dengan New Line Cinema dan FlynnPictureCo untuk filem berkenaan.

Karakter yang bermulut itu, dengan ikatan rambut seperti kanak-kanak dan cuma setinggi lima biji epal yang disusun meninggi, menghasilkan industri bernilai berbilion dolar sejak Sanrio memperkenalkannya pada tahun 1974. – AFP