Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Helmet ‘antitipu’ pelik Filipina tular

    MANILA, 21 OKT – ‘Helmet antitipu’ direka oleh para pelajar Filipina bagi peperiksaan mereka, telah tular ketika pengguna media sosial mengagumi ‘kepintaran’ rekaannya.

    Profesor Mary Joy Mandane-Ortiz dari Universiti Kolej Kejuruteraan Bicol meminta pelajar menyediakan topi mengelak penipuan peperiksaan pertengahan tahun pada Isnin dan Selasa.

    Dia memberikan kebebasan penuh kepada pelajar untuk merekanya sesuka hati mereka dan para pelajarnya mematuhinya dengan beberapa rekaan yang mengejutkan.

    Gambar para pelajar memakai rekaan pelik-pelik ketika menduduki peperiksaan telah tular di dalam media sosial Filipina dan antarabangsa.

    Setiap pelajar memakai ‘helmet unik’ yang memaparkan kreativiti dan rekaan yang lucu diperbuat daripada bahan buangan termasuk helmet motosikal, karton telur dan penggantung baju dengan lukisan seluar dalam.

    “Saya berbangga dengan pelajar saya kerana peperiksaan kejuruteraan pertengahan penggal mereka ada kalanya menjejaskan dan memberi tekanan kepada mereka.

    “Bagaimanapun, mereka masih boleh berjenaka dan memberikan rekaan berwarna-warni serta menyeronokkan,” ujarnya. – ANN/The Nation

    Helmet ‘antitipu’ direka oleh pelajar Filipina yang tular ketika mereka mendapat inspirasi daripada rekaan antitipu dari Thailand. – ANN/The Nation
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...