Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Hemisfera selatan bakal bina kemudahan hasil vaksin

    SYDNEY, 15 OGOS – Syarikat pembuat vaksin COVID, Moderna mengumumkan hari ini yang ia akan membina kemudahan menghasilkan vaksin menggunakan teknologi Messenger Asid Ribonukleik (mRNA) di bandar Australia, Melbourne, yang pertama di hemisfera selatan.

    Projek itu akan berpusat di salah satu universiti terbesar Australia, Monash, dan mampu menghasilkan 100 juta dos vaksin setahun bagi COVID, influenza dan penyakit lain.

    Spikevax adalah antara inokulasi kelas baharu yang dibangunkan Moderna ketika pandemik COVID, menggunakan teknologi mRNA.

    Tidak seperti suntikan tradisional mengandungi bakteria atau virus, vaksin terbabit mampu dihasilkan segera dan menggunakan molekul untuk mengajar tubuh manusia bagi mengenal pasti serta melawan patogen seperti COVID.

    Perdana Menteri, Anthony Albanese, berkata kemudahan itu adalah bukti keyakinan terhadap Australia oleh syarikat gergasi Moderna. Pembinaan kemudahan penghasilan mRNA itu dijangka dimulakan tahun ini dan siap pada 2024 – dengan pengeluaran vaksin bermula selepas itu.

    Bagi Australia, kemudahan itu bukan tentang kesihatan atau sains semata-mata, katanya, malah berkait rapat dengan keselamatan negara selepas Australia berdepan kekurangan bekalan vaksin semasa pandemik.

    Albanese berkata, pandemik yang melanda memberi pengajaran bahawa Australia perlu menghasilkan sendiri lebih banyak bahan dan tidak boleh leka dan rasa selesa walaupun berada di akhir rantaian bekalan global. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...