Henderson mahu Liverpool pamer keazaman menentang Arsenal

LONDON, 28 OGOS – Jordan Henderson (gambar bawah) menyeru pemain Liverpool untuk menunjukkan keazaman mereka untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila mereka bertemu Arsenal dalam Piala Community Shield esok (29 Ogos).

Selepas lima minggu ketua pasukan Liverpool, Henderson menjulang trofi Liga Perdana Inggeris, pasukan Jurgen Klopp akan memulakan musim baharu dengan perlawanan persahabatan yang menarik di Wembley.

Walaupun mereka tidak akan mula mempertahankan kejuaraan Liga Perdana mereka sehingga 12 September, The Reds ingin mendahului dengan lebih awal daripada pasukan pencabar mereka.

Henderson tahu pemenang Piala FA, Arsenal akan menjadi ujian yang bagus buat Liverpool yang menginginkan lebih banyak piala selepas mereka ditewaskan 2-1 di Stadium Emirates akhir musim lalu.

Liverpool telah kembali mengadakan latihan di Austria dan pemain tengah England, Henderson gembira dengan sikap rakan sepasukannya setakat ini.

“Kami telah memulakan latihan, kami bekerja keras. Musim baharu, permulaan baharu dan lebih banyak perkara yang kami mahu lakukan dan kecapi,” Henderson memberitahu laman web Liverpool, teruja dengan apa yang mereka lakukan musim ini. – AFP