Henderson selesa kembali berlatih

LONDON, 22 MEI – Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson, menegaskan dia merasa ‘sangat selamat’ sejak dia kembali memulakan latihan di tengah-tengah krisis koronavirus minggu ini.

Pasukan Jurgen Klopp memulakan latihan penjarakan sosial dalam kelompok yang kecil Rabu lalu ketika Liga Perdana Inggeris mengambil langkah untuk menyambung semula musim pada bulan Jun.

Meskipun semua pemain dan kakitangan kelab liga utama telah menjalani ujian virus, pemain tengah Chelsea, N’golo Kante dan penyerang Watford, Troy Deeney, menentang untuk kembali berlatih kerana kebimbangan mereka bahawa ia adalah tidak selamat.

Walau bagaimanapun, pemain tengah kebangsaan England, Henderson, yakin semua perkara telah dilakukan untuk memastikan pemain selamat sebaik sahaja tiba di padang latihan Liverpool, Melwood. – AFP

Gambar fail aksi Henderson ketika menentang Atletico Madrid di Anfield. Henderson menegaskan dia merasa ‘sangat selamat’ sejak dia kembali memulakan latihan tetapi memahami keputusan pemain di kelab lain yang tidak mahu mengadakan latihan kerana kebimbangan koronavirus. – AFP