MILAN, 18 Jan – Pemain tengah Celtic, Liam Henderson menandatangani perjanjian tetap bersama kelab Serie B, Bari selepas berjaya melepasi ujian pemilihan, umum kedua-dua kelab semalam.
“Liam kini menghadapi cabaran baru di Itali dan setiap orang di Celtic mendoakan kejayaannya di Bari,” menurut Celtic dalam satu kenyataan.
Pemain berusia 21 tahun itu hadir dari Akademi Belia Celtic, melakukan penampilan senior menentang Motherwell pada Disember 2013, seterusnya menjaringkan tiga gol dalam 36 penampilan kompetitif.
Bagaimanapun dia hanya beraksi sekali musim ini menentang Dundee, Oktober lalu.
Selain memainkan peranan ketika tiga kejuaraan terbaru Celtic, dia turut menang satu kejuaraan berganda liga dan piala ketika bermain secara pinjaman bersama kelab Norway, Rosenborg pada 2015 dan pada musim berikutnya membantu Hibernian menjuarai Piala Scotland buat kali pertama dalam tempoh 114 tahun.
Bari menghuni tangga keempat divisyen dua Itali. – AFP