Saturday, January 18, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Henderson ungguli Jelajah LPGA

    BELLEAIR, 10 NOV – Brooke Henderson terganggu apabila melihat begitu banyak mata rendah sebelum dia memulakan perlawanan kelmarin dalam Jelajah LPGA. Dia hanya keluar dan melakukan pukulan birdie di setiap lubang, membuka saingan dengan 8 bawah 62 untuk mendahului satu pukulan dalam aksi The Annika.

    Henderson melakukan pukulan birdie dari jarak jauh di lubang terakhirnya, par-3 kesembilan, untuk mendapatkan 29 mata di depan sembilan lubang untuk memintasi kumpulan yang termasuk Jin Young Ko dan Patty Tavatanakit.

    “Sehingga tahun ini, pukulan bola sudah pasti menjadi kelebihan saya dan tidak begitu tajam seperti yang saya inginkan beberapa bulan lalu,” kata Henderson, yang menukar batang golf besinya dan berasa yakin dia sedang menuju ke arah yang betul.

    “Untuk memukul semua 18 lubang di padang adalah lebih daripada yang biasa saya lakukan beberapa ketika dahulu,” kata pemain Kanada itu. “Rasanya sangat menakjubkan kerana saya tidak perlu bergerak dan memberikan diri saya banyak peluang untuk birdie,” katanya.

    Henderson meraih kemenangan pada acara pembukaan musim di Florida dan tidak menang sejak itu, jatuh ke kedudukan ke-13 dalam ranking dunia wanita dan berada di kedudukan ke-14 dalam kejohanan Race to CME Globe.

    Ia merupakan kejohanan terakhir bagi 60 pemain terbaik untuk mencapai Kejohanan Jelajah Kumpulan CME akhir musim di pesisir pantai di Naples. Ini bukanlah satu perkara yang merisaukan Henderson atau Ko, yang berada di tempat ke-5 dengan dua kemenangan dalam LPGA. – AP

    Henderson ketika beraksi semasa pusingan pertama Jelajah LPGA di kelab golf Pelican di Belleair, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda