Thursday, June 8, 2023
33.6 C
Brunei

    -

    Hengyi hargai media

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi) buat pertama kalinya, hari ini, telah mengadakan Majlis Penghargaan Media di salah sebuah restoran di Jerudong bagi menghargai sumbangan dan sokongan berterusan media dalam menyampaikan maklumat dan informasi mengenai syarikat berkenaan sejak ia ditubuhkan di Negara Brunei Darussalam.

    Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries, Chen Lian Cai dalam ucapan alu-aluannya berkata, melalui media mereka dapat menjangkau dan memaklumkan orang ramai mengenai pencapaian, perkembangan penting dan inisiatif syarikat.

    “Dengan liputan positif dan tepat mengenai Hengyi Industries, kami dapat meningkatkan kesedaran dan perhatian terhadap syarikat kami dalam kalangan masyarakat setempat,” tambah beliau.

    Beliau seterusnya berkata, 2020 menjadi tahun yang penuh dengan cabaran unik bagi syarikat.

    “Kami memulakan operasi kompleks petrokimia kami di Pulau Muara Besar (PMB) pada akhir 2019 dan memasuki 2020 ketika penularan wabak COVID-19 memberi kesan kepada negara.

    “Sebalik cabaran-cabaran yang dihadapi akibat wabak ini, kami tetap berada dalam kondisi operasi yang tinggi sepanjang 2020, dan berjaya mengeksport lebih 6.38 juta tan produk petroleum dan 1.7 juta tan produk petrokimia serta mencapai hasil penjualan hingga AS$3.5 bilion untuk sepanjang tahun, yang secara langsung menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Brunei pada 2020,” kongsi beliau.

    Menurut perangkaan Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik (JPES) serta statistik perdagangan dalaman Hengyi, dari Januari hingga September, nilai pengeluaran Hengyi menyumbang sebanyak 4.48 peratus daripada keseluruhan KDNK Brunei dan 50.57 peratus daripada jumlah perdagangan Brunei, antaranya eksport menyumbang 44.6 peratus dan import merangkumi 59.27 peratus daripada angka kebangsaan.

    Hengyi Industries juga telah mencapai beberapa mercu tanda baharu pada 2020 termasuk menandatangani perjanjian komersial dengan Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk membekalkan produk bahan bakar ke pasaran tempatan.

    Chen Lian Cai bergambar ramai bersama pengamal media yang hadir pada majlis penghargaan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia haram simbol Nazi

    SYDNEY, 8 JUN - Australia pada hari Khamis mengumumkan ia akan melarang pameran awam simbol Nazi, ketika negara itu bergumul dengan kumpulan kecil ekstremis...
    - Advertisment -