Hengyi pupuk persekitaran kerja sihat, positif

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat untuk menjana persekitaran kerja yang sihat dan positif, Hengyi Industries Sdn Bhd (Hengyi) telah menghoskan Pertandingan Badminton Persahabatan yang berlangsung di Peak Performance bermula 31 Januari dan berakhir pada 5 Februari lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hengyi, di sini, pertandingan itu menyaksikan penyertaan daripada 79 orang kakitangan dan pihak pengurusan Hengyi yang bertanding dalam tiga kategori iaitu Perseorangan Lelaki, Regu Lelaki dan Regu Campuran.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Hengyi Industries Sdn Bhd, Xu Ye.

Para pemenang kategori masing-masing ialah Chung Ming Fang, Awangku Mohd Amirul Izzat, Awangku Mohd Lutfi Hidayatullah, Awang Mohd Syamil Fajrin dan Haji Mohd Zaini.

Hengyi bercadang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti riadah dan sukan pembangunan pasukan pada masa akan datang.

Antara yang menyertai pertandingan persahabatan berkenaan. – Gambar serahan Hengyi