Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Hengyi terus komited bangunkan bakat tempatan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Skim program biasiswa antara Hengyi Industries dengan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) memaparkan komitmen Hengyi untuk bukan sahaja melabur di Brunei bahkan dalam pembangunan bakat tempatan bagi bidang teknologi dan industri minyak dan gas, yang merupakan tulang belakang ekonomi dan pembangunan Brunei.

    Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries, Xu Ye, sejak memulakan program biasiswa itu, seramai 127 orang pelajar dari IBTE dan UBD telah menamatkan pengajian mereka dan kini bersama Hengyi, bekerja di pelbagai jabatan dan memikul pelbagai peranan serta tanggungjawab.

    Beliau berkata sedemikian semasa berucap pada majlis penandatanganan biasiswa bagi seramai 108 belia Brunei di bawah program biasiswa bersama UBD – Universiti Zhe-jiang (ZJU) dan IBTE – Universiti Teknologi Vokasional Petrokimia Lanzhou (LPUVT), yang berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei, hari ini.

    “Di samping itu, Hengyi juga komited dalam memastikan tenaga kerja tempatannya termasuk pengendali tempatan dilengkapi dengan latihan asas yang diperlukan untuk menaik taraf dan meningkatkan tahap kecekapan mereka,” tambah Xu Ye.

    Menurut beliau lagi, Hengyi komited dalam menyumbang ke arah pembangunan sosial dan ekonomi Negara Brunei Darussalam.

    “Kami berusaha untuk bukan sahaja merekrut secara tempatan tetapi juga meningkatkan pembinaan kapasiti mereka dengan melengkapkan mereka dengan latihan dan kemahiran yang diperlukan pada masa yang sama menyediakan mereka dengan bimbingan, pendedahan dan pengalaman yang berkaitan,” jelasnya.

    Beliau berkata bahawa mereka bercita-cita untuk mewujudkan tenaga kerja global yang cekap yang boleh menyumbang kepada pembangunan syarikat dan akhirnya melatih para pelajar terlibat untuk menjadi peneraju industri masa depan dengan set kemahiran sesuai yang dituntut dalam persekitaran kerja hari ini.

    Xu Ye, semasa menyampaikan ucapannya pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...