Henti tular dokumen jadual vaksinasi pelajar

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OKT – Berikutan dokumen ja-dual vaksinasi yang tular dalam media sosial hari ini, yang menyatakan pemberian vaksin bagi pelajar-pelajar berumur 12 hingga 17 tahun akan bermula pada 25 Oktober ini, Kementerian Pendidikan dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya belum ada mengeluarkan mana-mana jadual rasmi vaksinasi pelajar-pelajar berkenaan.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan menekankan maklumat yang tular tersebut adalah tidak sahih dan memohon kerjasama orang ramai untuk tidak menularkan lagi dokumen tersebut.

Pihak kementerian akan mengongsikan maklumat mengenai program vaksinasi tersebut dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi Kementerian Pendidikan.