Henti tular mesej tidak sahih atau berdepan denda, penjara

Oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JAN – Kementerian Kesihatan menegaskan kepada orang awam untuk tidak menyebarkan mesej yang ditularkan dalam media sosial yang berbunyi “Awas, penyakit COVID-19 sudah merebak di Daerah Kuala Belait penyebab pembawa masuk penyakit COVID-19 yang baru balik dari U.K.”

Menurut kementerian berkenaan mesej yang ditularkan itu tidak berasas sekali gus mengingatkan orang ramai bahawa ia menjadi satu kesalahan di bawah Penggal 148 Akta Ketenteraman Awam Seksyen 34 iaitu sesiapa yang sama ada, secara lisan atau tulisan atau menggunakan sebarang cara, menyebarkan laporan atau membuat kenyataan yang salah yang boleh menyebabkan ketenteraman awam terganggu boleh dipenjara tiga tahun dan denda sebanyak $3,000.