Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Hentikan buli jalan raya

    Isu buli jalan raya bukanlah suatu perkara baharu di negara kita.

    Sehubungan itu permasalahan ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia mampu memberikan impak yang serius kepada pengguna jalan raya yang tidak bersalah.

    Namun tidak dapat dipastikan apakah tujuan dan sebab pembulian ini berlaku. Apa yang dapat difikirkan, si pembuli tidak dapat mengawal emosi mereka semasa memandu sehingga sanggup membahayakan orang lain.

    Seperti yang saya alami sendiri baru-baru ini, saya tidak tahu apa kesalahan yang dilakukan sehingga seorang pemandu sengaja cuba membahayakan saya. Ketika itu saya baharu saja pulang dari bekerja pada waktu malam, keadaan jalan raya agak lenggang dan saya memandu mengikut had di laluan kiri. Namun secara tiba-tiba, datang sebuah kereta dari arah belakang dan mengikuti saya dengan jarak yang begitu dekat.

    Walhal, pemandu berkenaan boleh saja memotong saya atau menggunakan laluan kanan jika dia hendak cepat. Namun apa yang mengejutkan saya, pemandu berkenaan memotong tanpa memberi isyarat dan sengaja memainkan pedal brek sehingga membuatkan saya menghentikan kereta secara mengejut. Saya merasa bingung dan memikirkan apa kesalahan yang saya telah lakukan.

    Justeru, saya ingin menyuarakan agar semua pemandu di negara ini menanamkan sifat bertimbang rasa dan tidak mementingkan diri sendiri ketika memandu. Hentikanlah buli di jalan raya ini kerana apa tujuan sebenar awda melakukannya dan adakah awda bersedia bertanggung jawab jika apa-apa berlaku lebih-lebih pada waktu hujan.

    Bukan semua pemandu mampu memandu ketika waktu hujan dan setentunya kita sebagai pemandu tahu etika memandu ketika hujan adalah memperlahankan kereta dan memasang lampu.

    Diharap pihak relevan juga melakukan pemantauan terhadap pemandu-pemandu di negara ini.

    HENTIKAN BULI

    Isu buli jalan raya bukanlah suatu perkara baharu di negara kita dan permasalahan ini tidak boleh dipandang ringan. – Gambar hiasan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...