Hentikan memberi makan anjing liar di tengah jalan

Saya seorang penduduk di Jalan Ban 2A, Kampung Mulaut, ingin mengingatkan sesetengah penduduk di kawasan di sana agar menghentikan memberi makan anjing liar di tengah penghujung jalan berkenaan.

Teguran ini demi kebaikan bersama bukan demi kepentingan sendiri kerana anjing-anjing berkenaan telah menghalang perjalanan penduduk di sana hingga menyukarkan lalu lintas di sana. Saya sendiri nyaris terlanggar anjing liar berkenaan kerana secara tiba-tiba ia melompat ke kereta saya.

Malah, pejalan kaki merasa waswas untuk melintasi kawasan berkenaan. Ini disebabkan saya mendapati berulang kali ada terdapat penduduk di sana memberi makan di tengah jalan dengan membuang bekas makanan melalui tingkap kereta mereka. Bukan saya membenci binatang tapi ini sudah mengganggu ketenteraman awam. Bila anda melakukannya berulang kali setentunya anjing-anjing liar tersebut terbiasa menunggu diberi makanan.

Penduduk Ban 2A