Friday, December 1, 2023
24.9 C
Brunei

    -

    ‘Hentikan pembunuhan wanita, anak damit’

    OTTAWA, 15 NOV – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mendesak Israel untuk ‘mengadakan pengekangan maksimum’, dan berkata membunuh ‘wanita, kanak-kanak dan anak damit’ dalam peperangan antara Israel dan Hamas mesti dihentikan.

    Tentera Israel menggempur hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza, hari ini dalam apa yang disifatkan sebagai ‘operasi tepat dan disasarkan terhadap Hamas’.

    Pegawai Israel dan Palestin berkata operasi tentera sedang berlaku di hospital berkenaan, titik tumpuan dalam pertempuran dan pengeboman udara berhampiran sejak beberapa hari lalu.

    Bercakap sebelum operasi itu, Tradeau menggesa kerajaan Israel untuk ‘mengadakan pengekangan maksimum’.

    “Tragedi manusia yang berlaku di Gaza amat menyayat hati, terutama penderitaan yang kita saksikan di dalam dan sekitar hospital Al-Shifa,” Trudeau berkata lewat kelmarin.

    “Dunia sedang menyaksikan, di televisyen, media sosial, kami mendengar rintihan doktor, ahli keluarga, mangsa yang terselamat, kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa mereka,” tambahnya.

    “Dunia menyaksikan pembunuhan ke atas wanita, kanak-kanak, anak damit. Ia mesti dihentikan.”

    Menteri Kesihatan di Gaza yang dikuasai oleh Hamas berkata pengeboman udara Israel dan serangan darat telah membunuh 11,320 orang, yang kebanyakannya orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak.- AFP

    Seorang lelaki Palestin memeriksa kanak-kanak yang mengalami kecederaan susulan pengeboman oleh tentera Israel di Khan Yunis, 15 November.- AFP

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...