Hentikan permusuhan di Yaman – NGO

PARIS, 8 Nov – Sejumlah 35 NGO Yaman dan antarabangsa kelmarin menyeru untuk menghentikan permusuhan dengan kadar segera di Yaman, di mana mereka memberi amaran bahawa 14 juta orang sekarang berdepan kebuluran.

Rayuan gabungan itu ditandatangani oleh Persekutuan Hak Asasi Antarabangsa (FIDH), Langkah Menentang Kebuluran, CARE International, Oxfam, Doktor-doktor Dunia dan pertubuhan-pertubuhan Yaman, menurut kenyataan.

“Dengan 14 juta terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak berdepan kebuluran iaitu separuh daripada jumlah penduduk, ia perlu dilaksanakan dengan segera,” menurut kenyataan itu.

Ia menyeru kerajaan untuk menghentikan permusuhan dan menghentikan bekalan senjata yang berisiko untuk digunakan di Yaman.”

Yaman telah dicemari dengan peperangan sejak 2015 apabila kumpulan gabungan tentera pimpinan Arab Saudi menyertai pihak kerajaan negara itu untuk menentang pejuang Huthi.

“Krisis kemanusiaan di Yaman adalah buatan manusia dan kesan akibat daripada peperangan itu adalah sekatan bagi akses untuk makanan, minyak, pengimportan perubatan dan bantuan kemanusiaan,” menurut kenyataan tambahan. – AFP