Hentikan perselisihan tarif – Jean

PARIS, 17 JAN – Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) harus menghentikan perselisihan tarif yang sudah lama berlaku untuk membolehkan isu itu diselesaikan, kata menteri luar Perancis pada hari ini.

Perbalahan selama 16 tahun terhadap subsidi pesawat menjadi semakin memuncak di bawah pemerintahan Donald Trump, melarat ke produk dan sektor lain, dan cadangan Perancis itu muncul menjelang pelantikan Presiden terpilih Joe Biden pada minggu mendatang.

“Isu yang mempengaruhi semua orang adalah kenaikan harga dan cukai ke atas keluli, teknologi digital, Airbus dan beberapa lagi sektor lain,” kata menteri luar negeri Jean-Yves Le Drian dalam wawancara dengan Journal du Dimanche.

“Sekiranya kita segera menemukan kaedah untuk menyelesaikan perselisihan ini dengan Eropah dan Perancis, ia akan mencatatkan satu perkembangan baik,” katanya.

Washington baru-baru ini mengumumkan tarif baharu, menambah senarai panjang produk EU yang dikenakan 25 peratus tarif sejak 2019. – AFP