Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Herdman pertahan Davies

    DOHA, 24 NOV – Jurulatih Kanada, John Herdman mempertahankan keputusannya memilih Alphonso Davies untuk mengambil tendangan penalti penting selepas negara Amerika Utara itu mengalami kekalahan 1-0 menentang Belgium pada Rabu.

    Davies mensia-siakan peluang keemasan Kanada untuk mendahului pasukan separuh akhir Piala Dunia 2018, Belgium dalam pertarungan Kumpulan F.

    Bintang Bayern Munich itu mempunyai sedikit pengalaman dalam sepakan penalti, yang dapat dilihat melalui penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois dengan mudah menyelamatkan gawang daripada dibolosi.

    Davies yang kecewa, tidak berhenti untuk ditemu ramah oleh wartawan selepas kekalahan itu.

    Herdman berkata pasukan Kanada telah meletakkan kepercayaan penuh ke atas Davies untuk mengambil tendangan penalti itu yang merupakan penalti pertama dalam Piala Dunia sejak 1986.

    “Bila awda mempunyai pemain berharga 85 juta dolar yang sombong, biarkan dia ambil bola itu dan tendang,” kata Herdman kepada wartawan.

    “Ia adalah momen yang besar. Kami tertunggu-tunggu untuk mendapatkan gol pertama itu. Saya tetap berbangga dengan Phonzy, dia sanggup mengambil tendangan itu. Dia menggalas harapan dan penantian negara selama 36 tahun.”

    Walau bagaimanapun, Herdman tetap berbangga dengan aksi yang dipamerkan skuad kendaliannya.

    “Saya tidak patut terlalu merungut. Kadangkala ia adalah malam kami, kadangkala tidak.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...