Hermes raih keuntungan

PARIS, 23 JULAI – Ketegangan perdagangan global mungkin mengurangkan unjuran pendapatan bagi kebanyakan firma, namun pem-buat beg tangan mewah Hermes mengatakan bahawa ia mencatatkan peningkatan keuntungan dua digit hari ini dalam jualan suku kedua sebahagian besarnya terima kasih kepada China.

Bagi bulan April sehingga Jun, firma itu merekodkan kenaikan jualan 14.7 peratus kepada 1.6 bilion euro (AS1.87 bilion) menewaskan pendapat ramalan analisis yang dikompilasikan oleh Factset dan Bloomberg. Dalam masa separuh pertama tahun ini, jualan meningkat 15.1 peratus kepada 3.28 bilion euro. “Jualan Hermes amat dinamik dalam separuh tempoh pertama 2019, dalam semua rantau dan barisan perniagaan,” kata ketua eksekutifnya, Axel Dumas.

Asia termasuk Jepun mengetuai pertumbuhan di kalangan rantau itu, di mana jualan meningkat 18.6 peratus pada suku kedua apabila kadar pertukaran asing dikecualikan, ‘dengan momentum positif di China dan pertumbuhan dua digit dalam semua negara di rantau itu,’ kata Hermes dalam satu kenyataan. – AFP