Hernandez lanjut kontrak Atletico

MADRID, 2 Mei – Atletico Madrid melanjutkan kontrak bek tengah Lucas Hernandez, 21, sehingga 2022 pada Isnin untuk menghindarkan pemain itu daripada disambar kelab-kelab besar Eropah.

“Saya amat gembira memperbaharui kontrak bersama kelab di mana saya telah menghabiskan seluruh hidup saya sebagai pemain,” jelas pemain Perancis Bawah-21 yang telah membuat 20 penampilan musim ini.

“Ia berita baik untuk semua peminat Atletico. Dia seorang pemain dengan potensi yang sangat besar dan masa depan yang menakjubkan,” kata pengarah sukan Atletico Jose Luis Caminero.

Atletico melanjutkan kontrak Luca Hernandez bagi mengelakkan beliau disambar oleh kelab-kelab gergasi pada musim panas ini. – ARP
Atletico melanjutkan kontrak Luca Hernandez bagi mengelakkan beliau disambar oleh kelab-kelab gergasi pada musim panas ini. – ARP

Hernandez sudah bersedia untuk beraksi pada pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara di Real Madrid ketika Atletico kehilangan Jose Maria Gimenez, Sime Vrsaljko dan Juanfran kerana mengalami kecederaan.

Saudaranya Theo Hernandez juga naik sahamnya selepas musim cemerlang semasa dipinjamkan di Alaves sehingga Real Madrid, Barcelona dan Manchester City dilaporkan sanggup membayar 24 juta euro (AS$26 juta) untuk klausa pelepasan beliau.

Bapa kepada adik-beradik ini, Jean-Francois Hernandez juga bermain untuk Atletico antara tahun 2000 dan 2001. – AFP