Heroin bernilai AS$2.7 bilion dirampas

AHMEDABAD, 21 SEPT – India hari ini merampas hampir tiga tan heroin bernilai sekitar AS$2.7 bilion dari Afghanistan, yang ditahan di sebuah pelabuhan di barat negara itu.

Dua warga India diberkas selepas heroin yang disimpan dalam dua kontena berlabel ‘bedak talkum’ ditemui Pengurusan Perisikan Perolehan (DRI) di Pelabuhan Mundra, di negeri Gujarat, barat India.

Kontena tersebut, satu dengan hampir 2,000 kilogram (kg) heroin dan satu lagi mengandungi hampir 1,000kg, berasal dari Afghanistan serta dihantar menggunakan kapal dari sebuah pelabuhan di Iran.

“Dadah tersebut dianggarkan bernilai 200 bilion rupee atau AS$2.7 bilion dan turut membabitkan suspek warga Afghanistan tetapi tiada tangkapan lanjut dibuat,” katanya. – AFP