Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Herrera: Penyokong mampu bantu Man United

    LONDON, 10 Mei – Ander Herrera mahu para penyokong Manchester United menjadikan Old Trafford kawah mendidih apabila pasukannya dijangka melengkapkan kemenangan ke atas Celta Vigo dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa Jumaat ini.

    Sepakan percuma menarik Marcus Rashford telah memberikan kelebihan 1-0 United dalam perlawanan pertama minggu lepas, menempatkan skuad Jose Mourinho dalam laluan menuju final di Stockholm pada 24 Mei.

    Tetapi meskipun United telah mengharungi 17 perlawanan Eropah di gelanggang sendiri tanpa tewas, Celta telah menjaringkan gol dalam kesemua enam perlawanan Liga Europa di gelanggang lawan musim ini dan Herrera berkata semua orang dengan warna merah United perlu memainkan peranan masing-masing.

    “Mereka telah menjaringkan gol di laman lawan dalam setiap perlawanan di kejohanan ini, jadi kami perlu berwaspada mengenainya,” kata pemain tengah Sepanyol itu.

    “Mereka adalah sebuah pasukan yang sangat bagus, sangat bahaya ketika bermain di gelanggang lawan dan kami memerlukan para penyokong kami di gelanggang sendiri.

    Kelihatan Ander Herrera (kanan), Paul Pogba (tengah) dan David de Gea ketika menjalani sesi latihan di kompleks latihan Man United menjelang perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa di Old Trafford. – AFP
    Kelihatan Ander Herrera (kanan), Paul Pogba (tengah) dan David de Gea ketika menjalani sesi latihan di kompleks latihan Man United menjelang perlawanan separuh akhir kedua Liga Europa di Old Trafford. – AFP

    “Saya memberitahu penyokong bahawa kami benar-benar memerlukan mereka untuk mencipta atmosfera yang hebat, yang sukar bagi pasukan lawan, yang akan mendorong kami untuk berada di final. Ia tidak akan mudah.”

    United tidak pernah memenangi Liga Europa dan berusaha untuk mencapai final pertama sejak kekalahan 3-1 kepada Barcelona di Wembley dalam final Liga Juara-Juara 2010-2011.

    Tetapi sementara kejayaan dalam kejohanan Europa akan melengkapkan koleksi trofi United, apa yang memberikan mereka motivasi adalah slot bagi Liga Juara-Juara musim depan yang ada pada kejayaan merangkul Liga Europa.

    Mourinho secara terbuka melepaskan harapan United untuk merebut empat kedudukan teratas Liga Perdana, yang juga pintu masuk bagi Liga Juara-Juara musim depan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda