Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    Hershey lancar coklat asas tumbuhan pertama

    NEW YORK, 27 SEPT – Hershey Canada, Inc., anak syarikat milik penuh Syarikat Hershey AS, kelmarin mengumumkan pelancaran coklat berasaskan tumbuhan pertamanya, Hershey’s OAT MADE, lapor agensi berita Jerman.

    Produk baharu itu “menawarkan semua rasa ikonik, lembut dan berkrim Hershey dalam format berasaskan tumbuhan sepenuhnya,” menurut syarikat itu.

    Hershey’s OAT MADE ialah coklat vegan pertama yang diperkenalkan di Kanada oleh Hershey.

    Produk berkenaan akan tersedia dalam dua perisa lazat, Creamy dan Almond & Sea
    Salt.

    Dibuat menggunakan tepung oat menggantikan produk tenusu, bar HERSHEY’S OAT MADE adalah 100 peratus vegan, non-GMO Project Verified dan tidak mempunyai perisa tiruan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...