WASHINGTON, 9 MAC – Jenama coklat Reese’s akan menawarkan Peanut Butter Cups berasaskan tumbuhan.
Syarikat The Hershey Co berkata pada Selasa bahawa Peanut Butter Cups berasaskan tumbuhan, yang akan dijual pada bulan ini, akan menjadi coklat vegan pertama yang dijual di Amerika Syarikat. Produk berasaskan tumbuhan kedua, Extra Creamy wih Almonds and Sea Salt keluaran Hershey akan dijual pada April.
Coklat berkenaan dibuat daripada oat dan bukannya susu, menurut Hershey.
Syarikat itu telah menjalankan eksperimen dengan coklat berasaskan tumbuhan sebelum ini. Ia menjual coklat berasaskan oat bergelar Oat Made di beberapa pasaran bermula pada 2021. Namun produk baharunya akan dijual terlebih dahulu di negara di bawah label ‘Berasaskan Tumbuhan’.
Hershey berkata pengguna mahu pilihan dan sedang mencari produk yang dianggap lebih sihat atau dengan sedikit ramuan, termasuk kurang gula dan pilihan berasaskan tumbuhan. Hershey juga memperkenalkan Reese’s Cup versi organik pada Februari 2021.
Pengguna lebih muda terutamanya berusaha mengurangkan pemakanan produk berasaskan haiwan, kata Euromonitor, firma penyelidikan pasaran. – AP
