Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Hertha elak tersingkir daripada Bundesliga

    BERLIN, 24 MEI – Hertha Berlin mengesahkan kedudukan mereka di Bundesliga musim hadapan selepas mencatat kemenangan 2-0 di tempat lawan di Hamburg kelmarin untuk memenangi play-off penyingkiran dengan agregat 2-1.

    Gol tandukan awal minit oleh kapten Hertha, Dedryck Boyata dan sepakan percuma separuh masa kedua daripada Marvin Plattenhardt menyaksikan Hertha mengubah nasib mereka pada perlawanan timbal balik kelmarin.

    Hertha tewas pada perlawanan pertama 1-0 di Berlin Khamis lalu, tetapi pasukan pelawat berjaya melepasi perangkap Hamburg apabila Boyata menerjah gol pertama melalui tandukan selepas hanya empat minit dari sepak mula.

    Gol kedua Hertha muncul pada minit ke-63 perlawanan apabila rembatan Plattenhardt menerusi sepakan per-cuma dari bahagian kiri gagal diselamatkan oleh penjaga gol Hamburg.

    Gol tersebut meletakkan Hertha di hadapan secara agregat buat kali pertama dalam perlawanan play-off ketika mereka bertahan daripada asakan pasukan Hamburg.

    Hertha menamatkan saingan dengan sepuluh pemain apabila Lucas Tousart dilayangkan kad kuning kedua sejurus sebelum wisel penamat ketika ketegangan memuncak pada masa kecederaan.

    Hertha mengelak penyingkiran sejak 2011/12 selepas beraksi sembilan musim berturut-turut di Bundesliga.

    Jurulatih sementara Hertha, Felix Magath, 68, yang memenangi kejuaraan Bundesliga ketika mengendalikan Bayern Munich dan Wolfsburg, telah mengekalkan kelab Berlin itu walaupun hanya memenangi tiga daripada sembilan perlawanannya sebagai pengurus.

    Hamburg layak ke play-off dengan menduduki tempat ketiga divisyen kedua manakala Hertha menduduki tempat ketiga tercorot Bundesliga. – AFP

    Aksi pemain tengah Hamburg, Bakery Jatta (kanan) semasa perlawanan bola sepak pusingan kedua play-off Penyingkiran Bundesliga Jerman kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...