Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Heung-min penyelamat Tottenham

-

LONDON, 20 DIS – Bos Liverpool Jurgen Klopp mendakwa pengadil Paul Tierney mempunyai ‘masalah’ dengannya selepas pemain Tottenham Son Heung-min menghukum kesilapan Alisson Becker untuk keputusan 2-2.

Skuad kendalian Klopp bangkit daripada jaringan awal Harry Kane untuk mendahului hasil jaringan Diogo Jota dan Andrew Robertson.

Bagaimanapun, penyerang Korea Selatan Heung-min menyamakan kedudukan selepas Alisson gagal menampan hantaran lintang Harry Winks.

Liverpool bermain dengan 10 orang pada 13 minit terakhir selepas Robertson dilayangkan kad merah kerana mengasari Emerson Royal. Klopp turut dilayangkan kad kuning kerana membantah dua keputusan penting Tierney, dengan pengurus dari Jerman itu mendakwa Kane sepatutnya dibuang padang dan Jota berhak diberikan sepakan penalti.

“Saya tidak tahu apa masalah dia dengan saya. Saya sedikit emosi dalam perlawanan. Saya lebih suka keputusan yang tepat di atas padang.

“Kane sepatutnya diberikan kad merah. Untuk penalti, pengadil memberitahu saya yang dia rasa Jota sengaja berhenti. Menakjubkan.

“Dia berada di tempat terbaik di atas padang dan tidak memberikannya. Awda perlu tanya dia apa masalah dia dengan saya,” kata Klopp.

Buat pertama kali dalam tempoh empat tahun, Liverpool tidak berada di puncak Liga Perdana Inggeris menjelang Krismas. – AFP

Son Heung-min melompat untuk mendapatkan bola bersama Tyler Morton dalam perlawanan di antara Tottenham Hotspur dn Liverpool di stadium Tottenham Hotspur di London pada 19 Disember. – AP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -