Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Heung-Min pimpin Hotspur benam Villa

    BIRMINGHAM, 10 APRIL – Son Heung-min meledak hatrik ketika Tottenham Hotspur menumpaskan Aston Villa 4-0 untuk mengukuhkan kedudukan di tempat keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dua lagi pencabar mereka, Arsenal dan Manchester United tersingkir.

    Heung-min membuka jaringan pada separuh masa dan Dejan Kulusevski menggandakan gol pada awal separuh masa kedua, sebelum pemain antarabangsa Korea Selatan itu menambah dua lagi gol.

    Kemenangan itu membolehkan skuad bimbingan Antonio Conte memungut 57 mata lima mata mengatasi pasukan tangga kelima, Arsenal dan enam mata meninggalkan West Ham serta Manchester United.

    Villa bagaimanapun mempunyai peluang pada separuh masa pertama, sebelum Heung Min meletakkan pasukan pelawat di depan dan dia juga memberi pujian kepada penjaga gol Spurs, Hugo Lloris.

    “Saya sangat gembira dapat meraih tiga mata, ia aksi yang sukar. Tanpa Hugo kami sudah ketinggalan 1-3 pada separuh masa pertama.

    “Hugo menyelamatkan kami hari ini dan ia adalah aksi tangkas yang dipamerkan ketua pasukan ketika kami memerlukannya. Dia menyelamatkan setiap percubaan, ia sangat luar biasa,” kata Heung Min.

    Kekalahan itu menyaksikan Villla berada di tangga ke-12 dengan pengurus, Steven Gerrard mengakui keputusan berkenaan amat sukar diterima.

    “Bagaimanapun, ia adalah realiti dan kami harus menerimanya. Saya harus terima dan bertanggungjawab,” kata Gerrard. – AFP

    Son Heung-min (tengah) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan semasa perlawanan di antara Aston Villa dan Tottenham Hotspur di Villa Park, Birmingham, England pada 9 April 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...