Heynckes nafi penghijrahan Vidal
DOHA, 7 Jan – Jupp Heynckes semalam berkata tidak terdapat sebarang hubungan di antara Bayern Munich dan Chelsea mengenai Arturo Vidal dan pemain antarabangsa Chile itu tidak akan dijual pada jendela perpindahan Januari ini. Jurulatih veteran tersebut memberikan tindak balas terhadap laporan media mengenai kemungkinan pertukaran pemain tengah itu, yang ditolak Heynckes sebagai ‘hanya spekulasi’.


































