Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    HFMD: Johor catat 7,967 kes setakat 2 Julai

    JOHOR BAHRU, 3 JULAI – Sebanyak 7,967 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 75 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

    Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata kebanyakan kes berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah enam tahun iaitu 6,870 kes, diikuti tujuh hingga 12 tahun (946) dan bakinya lebih daripada 13 tahun.

    Beliau berkata daerah Johor Bahru mencatat bilangan kes tertinggi iaitu 2,741 kes, Kluang (1,039), Tangkak (855), Batu Pahat (817), Segamat (679), Kota Tinggi (616), Pontian (532), Muar (313), Kulai (258) dan Mersing (117). 

    “Setakat ini, sebanyak lima wabak aktif HFMD dilaporkan di Johor dan semuanya melibatkan daerah Johor Bahru.

    “Bagaimanapun, situasi ini masih terkawal. Ini dibuktikan dengan penurunan ketara trend kes HFMD yang dilaporkan di negeri ini bermula pada minggu epidemiologi (ME) ke-22/2022 hingga ME ke-26/2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Ling berkata lokasi penularan HFMD di negeri ini melibatkan taska iaitu 45 wabak diikuti rumah persendirian (22), tabika (13), tadika (sembilan), prasekolah (lapan), sekolah rendah dan pusat jagaan harian masing-masing tiga manakala lain-lain (dua). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...