Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    HFMD: Negeri Sembilan catat 2,876 kes

    SEREMBAN, 25 MEI – Negeri Sembilan merekodkan 2,876 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) sejak Januari hingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan.

    Beliau berkata kumulatif kes pada minggu epidemiologi 20/2022 yang berakhir pada 21 Mei lalu adalah 989 kes iaitu peningkatan tiga kali ganda berbanding pada minggu sebelumnya.

    “Seremban mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,643 kes, diikuti Port Dickson (353), Jempol (298), Rembau (265), Tampin (131), Kuala Pilah (116) dan Jelebu (70). 

    “Kumulatif wabak HFMD di Negeri Sembilan pada tahun ini adalah 46 wabak dengan 16 wabak masih aktif iaitu sembilan di Jempol, tiga di Seremban, dua di Port Dickson manakala masing-masing satu di Rembau dan Jelebu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata daripada 46 wabak itu, 32 wabak atau 69.9 peratus melibatkan tadika atau taska dan perintah penutupan diberikan dengan 11 tadika atau taska masih ditutup.

    Veerapan berkata peningkatan kes yang ketara di negeri ini pada tahun ini berbanding tahun lepas berikutan pembukaan semula sektor pendidikan dan tempat awam.

    Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa memantau kesihatan anak masing-masing dan tidak menghantar anak ke sekolah atau pusat jagaan jika mengalami gejala HFMD seperti demam, ulser di mulut, lepuh di tangan atau kaki. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...