Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Hiasi rumah dengan tumbuhan gaya kokedama

    JEPUN – Gaya Kokedama menunjukkan betapa menariknya menghiasi tamanan rumah dengan cara digantung.

    Dengan cara penanaman sebegitu, awda tidak lagi memerlukan pasu, sebaliknya, akar tumbuhan hanya perlu dibalut dengan bebola lumut.

    Manfaat penanaman seumpama ini dapat mempamerkan lumut sebagai ciri tambahan yang menarik. Bagaimanapun, terdapat satu kelemahan, tumbuhan ini ia agak sukar sedikit untuk disiram.

    Awda boleh, dengan segala cara, menyiramnya seperti mana-mana tumbuhan gantung lain, menyediakan penitis air kecil dari atas.

    Tetapi dalam keadaan itu, awda juga mungkin mengharapkan sesuatu di bawahnya untuk menyambut sebarang titisan air.

    Sebagai alternatif, awda boleh mengeluarkan bebola lumut setiap beberapa hari dan meletakkannya di dalam bekas dengan sedikit air. Dan sudah setentunya awda perlu mengeringkan tumbuhan tersebut dengan baik sebelum menggantungnya semula selepas menyiramnya.

    Ia juga mudah untuk membuat kokedama awda sendiri. Awda hanya perlu mendapatkan beberapa lumut segar dan benang, serta beberapa tanah tambahan.

    Keluarkan tumbuhan awda dari pasu, membuang mana-mana tanah yang gembur dan memotong mana-mana akar yang terlalu panjang dan bergerigi. Sekarang bentuk tanah lembap dalam mangkuk menjadi sfera yang lebih kurang sama saiznya dengan tumbuhan dan letakkan bebola akar dan tanah di dalamnya.

    Tutup bola dengan lumut segar dan balut rapat dengan benang atau dawai. Kerja selesai.

    Kini awda boleh menggantung tumbuhan awda, mungkin dengan beberapa tali yang dicelup atau dengan kord nilon yang hampir tidak kelihatan. – ANN/The Star

    Kokedama, istilah Jepun yang diterjemahkan secara kasar kepada bola lumut. Ia adalah cara yang unik dan praktikal untuk menghiasi bilik dengan tumbuhan tanpa perlu menggunakan pasu. – ANN/The Star
    Kokedama adalah cara yang lebih menarik untuk menggantung tumbuhan. Walau bagaimanapun, awda perlu membiasakan diri menyiram bola lumut awda dari semasa ke semasa. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...