Friday, December 13, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hidangan istimewa di Tahun Baru Cina

    SELAKU negara berbilang kaum dan bangsa, sesetengah penduduk di negara ini yang terdiri dari bangsa Cina setentunya turut merayakan Tahun Baru Cina.

    Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi perayaan tersebut akan diraikan dan setentunya ada yang sibuk melakukan pelbagai persiapan.

    Hidangan makanan merupakan salah satu daripada persiapan yang giat dilaksanakan dan berikut adalah beberapa resipi yang sering menjadi pilihan hidangan sewaktu perayaan Tahun Baru Cina.

    Selamat mencuba!

    Ikan Kukus

    Bahan-bahan:

    1 ekor ikan siakap

    2 inci halia muda yang dipotong memanjang

    2 ke 3 tangkai daun bawang yang dipotong memanjang

    Sedikit daun ketumbar

    Cili

    1 inci halia yang dihiris nipis

    2 sudu besar minyak bijan

    Bahan sos:

    4 sudu besar kicap cair

    2 sudu besar minyak masak

    1/4 sudu kecil minyak bijan

    Lada sulah pada kadar yang sesecukup rasa

    Cara membuat:

    Bersihkan ikan. Sumbatkan dengan halia dan daun bawang. Titiskan minyak bijan pada kadar yang secukupnya dan kukuskan selama 18minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya Dalam periuk kecil atau kuali, panaskan minyak bijan dan minyak biasa. Keluarkan ikan yang telah dikukus, taburkan halia, cili dan daun ketumbar. Curahkan minyak panas atas halia, cili dan daun ketumbar dan seluruh permukaan ikan yang telah dikukus. Curahkan kicap cair dan perasakan dengan lada secukupnya.

    Yee Sang

    Bahan-bahan utama:

    Sedikit timun, betik, seleri yang telah dijerukkan

    Sedikit halia jeruk merah dan putih

    Sedikit keladi rangup dan daun bawang

    Rumpai laut merah dan putih

    50 gram obor-obor

    Sedikit asam mandarin kering

    Sedikit daun sup, daun limau kasturi, lobak putih, lobak merah

    50 gram tobiko

    Bahan Perasa:

    150 ml sos masam

    30 ml cuka lemon

    30 ml cuka buah

    30 ml minyak zaitun

    100 gram kacang

    50 gram bijan goreng

    100 gram kepingan badam

    1/2 sudu teh serbuk lada putih

    1/2 sudu teh serbuk rempah gabungan

    2 paket keropok yee sang

    Cara membuat:

    Susun semua bahan dalam pinggan besar. Lobak putih dan merah yang diparut diletakkan di bahagian tengah. Perah jus lemon pada tobiko dan uni. Gaulkan ke semua bahan segar dan perasa. Sedia dihidangkan.

    Kuih Bakul

    Bahan-bahan:

    250 gram tepung pulut yang diayak.

    200 gram gula pasir

    260 gram gula merah

    250 ml air

    Beberapa helai daun pisang

    Beberapa utas tali rafia (untuk mengikat tin berukuran 5cm lebar dan tinggi 10cm

    Cara membuat:

    Masukkan gula pasir dan gula merah serta air ke dalam mangkuk. Kacau sehingga larut dan biarkan selama 15 minit. Sementara itu, sediakan tepung pulut ke dalam mangkuk. Tuangkan larutan gula tadi ke dalam tepung pulut dan kacau sehingga sebati. Masukkan adunan tepung pulut yang telah sebati itu ke dalam kuali dan kacau sehingga adunan menjadi pelikat. Sementara itu, alas tin dengan daun pisang, pastikan ia melebihi bahagian atas tin, agar mudah mengikatnya di sekeliling (daun pisang dikelepetkan ke bawah). Didihkan air dan kecilkan api. Tuangkan separuh adunan ke dalam tin. Kukus selama 10 jam. Pastikan air yang ditambah ke dalam pengukus adalah air mendidih. Penutup kukus hendaklah dibungkus dengan beberapa lapisan kain kasa/ pembalut aluminium agar wap air tidak menitis ke atas kuih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda