Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hidangan sarapan pagi di Iraq

    SEJAK tahun-tahun kebelakangan ini, sarapan pagi telah menjadi satu menu yang agak sedikit mewah dan berharga bagi sesetengah penduduk Iraq.

    Sekatan ekonomi yang telah dikenakan oleh UN pada tahun 1991 telah melumpuhkan bekalan makanan sehari-hari di negara ini.

    Sumber negara berkenaan, minyak telah mengalami penapisan pada tahun 1995 dan telah mencetuskan lebih banyak kontroversi daripada pelepasan untuk dieksport. Namun program itu telah ditamatkan pada tahun 2003 iaitu tahun di mana Iraq telah diserang oleh gabungan Amerika Syarikat.

    Namun pada tahun 2006, sarapan pagi tradisional Iraq sudah jarang dipraktikkan berikutan kekacauan tersebut. Pada tahun 1918, Iraq sebenarnya dikenali sebagai kota Mesopotamia yang diterjemahkan menjadi ‘Tanah antara sungai’.

    Sungai Tigris dan Euphrates telah memberikan negara ini sumber bekalan air yang berterusan kepada penduduk Iraq yang melakukan aktiviti pertanian.

    Masakan Iraq sangat dipengaruhi dengan hidangan masakan dari negara yang lain seperti Turki dan juga Iran. – AFP
    Malah lebih 95 peratus penduduk adalah Muslim. Daripada jumlah itu, 54 peratus adalah Shia dan 41 peratus lagi adalah Sunni. – AFP

    Walaupun pada hakikatnya, Iraq kurang menerima hujan namun keadaan tanah di negara ini amat sesuai untuk menanam banyak tanaman yang penting untuk sarapan seperti gandum, buah ara, kurma, buah sitrus, tembikai, kacang, bawang dan pelbagai jenis herba. Kawasan gersang Iraq adalah lokasi yang sesuai untuk bertanam barli, bijirin penting terutamanya semasa musim kemarau.

    Kira-kira 10 peratus daripada kawasan Iraq adalah sesuai untuk memelihara ternakan.

    Kambing merupakan haiwan ternakan yang terbesar dipelihara berbanding lembu menjadikan susu kambing lebih banyak dijadikan keju dan digunakan dalam hidangan sarapan pagi di Iraq.

    Malah lebih 95 peratus penduduk adalah Muslim. Daripada jumlah itu, 54 peratus adalah Syiah dan 41 peratus lagi adalah Sunni.

    Perbezaan utama antara kaum Syiah dan Sunni adalah kepercayaan yang saling bertentangan namun kepercayaan terhadap Islam masih lagi sama seperti menyambut cuti keagamaan yang sama dan makan sarapan yang sama.

    Sehingga baru-baru ini, ramai Yahudi telah memanggil Iraq sebagai rumah mereka malah hampir seperempat penduduk Baghdad adalah Yahudi pada abad ke-19.

    Pada tahun 1948, masyarakat Yahudi Iraq dianggarkan sebanyak 150,000 namun bilangan itu sekarang telah berkurangan.

    Walaupun purata Muslim di Iraq masih tinggi namun bilangan Yahudi yang ada di negara itu turut mengamalkan hidangan sarapan yang berbeza dan sama dengan hidangan Muslim yang lain.

    Masakan Iraq sangat dipengaruhi dengan hidangan masakan dari negara yang lain seperti Turki dan juga Iran.

    Seorang penulis makanan telah menyifatkan makanan Iraq sebagai gabungan masakan Arab yang biasa dan terpengaruh dengan Parsi dan pengaruh Turki di Utara.

    Sarapan pagi Iraq

    Hidangan telur sebenarnya agak biasa namun tidak seperti negara-negara yang lain, makanan asasi sarapan pagi bagi kebanyakan penduduk Iraq adalah roti.

    Seorang penulis makanan telah menyifatkan makanan Iraq sebagai gabungan masakan Arab yang biasa dan terpengaruh dengan Parsi dan pengaruh Turki di Utara. – AFP

    Roti rata yang mana dikenali sebagai khubz dan berbentuk oval sering ditemui di mana-mana kedai makan di negara itu setiap kali sarapan pagi.

    Semasa sarapan pagi, roti dinikmati bersama dengan mentega, jem, madu, keju, libna, kurma, pasta bijan dan banyak lagi yang boleh diserasikan dengan hidangan roti.

    Roti juga merupakan komponen penting dalam kebanyakan resipi sarapan yang dianggap unik khususnya di Iraq.

    Kahi

    Salah satu lagi hidangan sarapan yang sangat digemari oleh penduduk Iraq ialah Kahi. Ia merupakan hidangan yang terdiri daripada lapisan lipat yang sangat nipis dari adunan gaya filament yang telah dibakar dan kemudian ditenggelamkan dengan madu atau sirap gula berperisa dipanggil Sheera. Kahi kadang-kadang dimakan bersama dengan krim gaymer (krim putih yang tebal diperbuat dari susu kerbau). Di Iraq adat bagi ibu pengantin baru membawa hidangan sarapan (lazimnya Kahi) ke rumah menantu barunya selepas sahaja majlis pernikahan.

    Bigilla

    Di kawasan Utara dan Tengah Iraq, kacang memainkan peranan yang penting dalam sarapan pagi mereka. Masakan tradisi kacang atau lebih tepat dipanggil sebagai Bigilla merupakan hidangan yang terkenal dan lazat di kawasan ini. Bahan-bahan yang penting dalam hidangan ini ialah kacangnya itu sendiri yang dipanggil sebagai Ful Ta Girba. Kacang ini direndam dan dibiarkan selama semalam bersama dengan minyak zaitun kemudian ditambah dengan bahan-bahan perasa yang lain. Bigilla amat sesuai disajikan bersama hidangan roti.

    Kegemaran sarapan

    Beberapa hidangan lain yang sering diamalkan di Iraq termasuk pastri yang dipenuhi dengan kurma, omelet dan hidangan telur yang lain. Minuman sarapan yang paling terkenal di Iraq adalah kopi dan teh.

    Kebanyakan penduduk Iraq mahukan kopi mereka tebal dan pahit. Selain itu, teh juga menjadi satu minuman yang digemari dan disajikan dalam satu bentuk gelas yang kecil. Jus buah juga terkenal di negara ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda