Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Hidung patung Ibrahimovic dilelong

    STOCKHOLM, 25 MEI – Peminat bola sepak Sweden yang berang melelong kepingan replika hidung patung Zlatan Ibrahimovic yang dipotong untuk membantah pengkomersilan sukan yang mereka anggap sebagai satu pengkhianatan oleh pemain bertaraf dunia itu.

    Bidaan yang diletakkan di laman web eBay kelmarin telah mencecah AS$610 (568 euro).

    Patung bersaiz hidup itu, yang didirikan di kampung halamannya di Malmo pada 2019, telah menjadi sasaran pelbagai serangan sejak pemain itu melabur dalam kelab bola sepak yang berpangkalan di Stockholm, Hammarby pada November 2019 sekali gus menimbulkan kemarahan penyokong Malmo FF, kelab yang disertainya semasa memulakan kerjaya profesional.

    Hidung replika tersebut digergaji pada Disember 2019, diikuti bahagian kaki pada bulan berikutnya, menyebabkan ia runtuh tersandar pada penghadang.

    Peminat Malmo FF berkata mereka telah meletakkan tiga replika hidung asal iaitu yang masih hilang untuk dilelong.

    Penjual berkata mereka merancang untuk menggunakan keuntungan daripada lelongan itu dalam usaha memerangi bola sepak moden dan komersial dan mempromosikan sukan yang fokusnya adalah cinta kepada kelab dan permainan bola sepak.

    Manakala itu, artis yang membuat arca gangsa tersebut, Peter Linde, kecewa dengan lelongan yang dibuat. – AFP

    Hidung patung Ibrahimovic yang hilang telah dilelong oleh peminat Sweden. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...