Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Hieora pernah sertai kumpulan buli di sekolah

    Pelakon berasal Korea Selatan, Kim Hieora mengakui pernah terlibat dengan aktiviti buli di sekolah, lapor mStar.

    Kata Kim Hieora dia pernah mengambil wang daripada rakan sekolannya dan berasa malu apabila mengenangkan kembali kejadian itu.

    Walaupun aktres itu pernah menafikan perbuatan tersebut, namun dalam satu temu bual bersama Dispatch pada 11 September lalu Kim akhirnya mengesahkan tentang kejadian
    itu.

    “Sukar untuk mengaku, tetapi saya menyedari bahawa orang boleh membuli dan mendera orang lain sehingga tahap yang tidak dapat dibayangkan.

    “Saya tidak pernah memikirkannya kerana saya tidak pernah berada dalam kedudukan Moon Dong Eun (watak utama dalam drama The Glory).

    “Saya rasa, saya juga membenarkan tindakan saya dengan berfikir, tahap ini tidak cukup untuk dilihat sebagai pembuli,” katanya.

    Terdahulu, semasa berada di Sekolah Menengah Perempuan Sangji di Wonju, wilayah Gangwon, khabar angin tersebar bahawa pelakon itu adalah sebahagian daripada kumpulan buli dikenali sebagai Big Sangji, yang terkenal dengan aktiviti seperti peras ugut, serangan dan penderaan lisan.

    Bagaimanapun, aktres itu menganggap itu adalah proses kematangan dalam hidup dan akui perbuatan lampau itu sebagai perkara yang tidak baik dan perlu dijauhi. – Agensi

    Kim Hieora akui kesilapan lama menjadi seorang pembuli di bangku persekolahan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...