Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Hikmah di sebalik kehilangan dompet

    Dugaan kehilangan dompet baru-baru ini rupanya terdapat hikmah tersembunyi buat vokalis kumpulan Azlan and The Typewriter iaitu Azlan apabila dia dipertemukan kembali dengan sahabat lamanya dikenali sebagai Hirwan Hidayat selepas 28 tahun terpisah.

    Azlan atau Nor Azlan Rosle Sallehudin, 40, berkata, dompet miliknya hilang di sekitar kawasan Bukit Bintang sebelum ditemui oleh sahabatnya itu di tengah padang golf di Selangor Royal Club, Kuala Lumpur.

    “Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dah jumpa! Hilang di Bukit Bintang tetapi jumpa di padang golf… lain macam.

    “Hilang dompet, jumpa sahabat lama. Apa yang saya belajar hari ini duit dan sahabat nilainya tak pernah sama.

    “Duit yang hilang biarlah, sahabat yang jaga sama-sama,” katanya.

    Azlan turut berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas pulih daripada kecederaan akibat terjatuh ketika mendaki bukit. – Agensi

    Azlan berkongsi sebuah video bertemu sahabatnya itu yang bekerja di pusat rekreasi berkenaan dan terjumpa dengan dompet miliknya ketika sedang meronda di kawasan padang golf.

    Bagaimanapun, wang dalam dompet tersebut telah lesap namun bersyukur dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen serta kad bank masih ada.

    Hirwan turut memberitahu dia juga tidak menyangka dompet yang ditemui itu adalah milik Azlan.

    Azlan yang turut berkongsi pertemuan dengan Hirwan sempat meluangkan masa bersama sahabatnya itu mengimbau kenangan lama ketika mereka di bangku sekolah.

    Antara cerita yang dikenang kembali adalah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri di mana mereka akan berkunjung ke rumah selebriti popular Salih Yaacob dan Malek Noor.

    Azlan turut berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas pulih daripada kecederaan akibat terjatuh ketika mendaki bukit pada September tahun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...