Hikmah di sebalik wabak koronavirus

PATHUM THANI, THAILAND – Pekerja kecemasan biasa-nya sibuk bergegas ke tempat kemalangan di kilang jalan Thailand berhampiran kawasan letak kereta ambulans di stesen perkhidmatan – kemalangan dan jenayah yang berkurangan disambut baik oleh beberapa buah negara Asia semasa perintah berkurung koronavirus.

Ketika Asia mula menilai kesan daripada pandemik, beberapa buah negara menyedari ada manfaat yang tidak diduga.

Vietnam yang telah melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara, menunjukkan penurunan kadar jenayah, Hong Kong telah berjaya mengatasi musim selema tahunannya – dan sekarang, Thailand dilihat telah berjaya mengatasi masalah keselamatan jalan raya.

“Kemalangan jalan raya telah menurun dengan ketara,” kata Banjerd Premijt, ketua pasukan perubatan kecemasan Por Tek yang beroperasi di luar bandar Bangkok.

Di wilayah Pathum Thani, di mana pasukannya bersama tiga buah ambulan biasanya bergegas ke sekitar 15 kemalangan yang mengerikan setiap malam, jumlah kemalangan telah menurun separuh.

Para petugas kecemasan menunggu di dalam kenderaan di Pathum Thani. Mereka biasanya bergegas ke sekitar 15 kemalangan yang mengerikan setiap malam, tetapi masa ini jumlah kemalangan telah menurun separuh.- AFP
Para petugas merawat mangsa kemalangan jalan raya. Thailand merupakan salah sebuah negara yang mencatatkan kadar kematian jalan raya per kapita tertinggi di dunia Tetapi tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 60 peratus di seluruh negara.- AFP
Perintah berkurung yang dilaksanakan sedikit sebanyak telah meringankan beban petugas kecemasan.- AFP

Dia berterima kasih kepada langkah pencegahan virus yang diambil oleh Thailand, termasuk larangan penjualan minuman keras dan perintah berkurung pada waktu malam.

“Orang yang minum makin berkurangan dan mereka kurang melakukan kecuaian semasa berada di jalan raya,” Banjerd berkata ketika pasukan perubatannya bermain telefon bimbit sementara menunggu panggilan kecemasan.

Thailand merupakan salah sebuah negara yang mencatatkan kadar kematian jalan raya per kapita tertinggi di dunia, menduduki tempat kedua setelah Libya yang dilanda perang pada tahun 2015.

Negara tersebut telah melaksanakan tindakan anti-koronavirus sebelum Tahun Baru ‘Songkran’ pada bulan April, dengan harapan tidak akan mengadakan perjumpaan beramai-ramai.

Tetapi tahun ini kemalangan menunjukkan penurunan sebanyak 60 peratus di seluruh negara, dengan jumlah kematian berkurangan kepada 167 orang daripada 386 orang pada tahun sebelumnya.

Malah tukang pembuat keranda di Thailand telah melihat turunnya permintaan, dengan sebuah kilang melaporkan permintaan telah menurun satu per tiga.

“Wabak tersebut telah menyebabkan penurunan jumlah korban yang signifikan,” keluh Thanatat Poonau, pengurus Kilang Membuat Keranda Suriya, ketika pekerja di sekitarnya memasukan papan lapis ke dalam kepada gergaji mekanikal.

Negara-negara yang jiran dengan kota raya yang mempunyai kesesakan lalu lintas turut melaporkan trend yang serupa.

Kematian di jalan raya di Jepun menurun hampir 20 peratus pada bulan April, sementara Malaysia mencatatkan penurunan kadar kematian jalan raya dari 17 peratus kepada lima peratus, menurut agensi berita Bernama.

Pihak polis berkata kadar kematian di Barat Daya bandar Kerala menurun sebanyak 90 peratus semasa perintah berkurung berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Jenayah rogol turut menurun dari 123 kepada 37 kes semasa perintah berkurung,” jurucakap polis Kerala, Pramod Kumar memberitahu AFP.

Apabila koronavirus melanda Hong Kong pada lewat bulan Januari, penduduk merasa takut dengan memori penularan wabak SARS pada tahun 2003, ramai yang berebut untuk membeli penutup mulut dan hidung dan segera mengamalkan penjarakan sosial.

Dengan berjuta-juta meng-amalkan kebersihan diri, doktor menyedari musim selesema tahunan telah terhenti pada bulan Februari – sembilan minggu lebih awal dengan kurang dari satu per tiga kematian berbanding tahun lalu.

Di tanah besar China, jalan-jalan raya menjadi kosong dan kilang semua ditutup dan ini bermakna pencemaran toksik menyesakkan semakin hilang.

Pakar saintis menjangkakan peningkatan kualiti udara di China yang menyebabkan lebih daripada 12,000 kematian berkaitan kardiovaskular, walaupun diperingatkan dalam jurnal Lancet hasilnya harus ‘ditafsirkan dengan berhati-hati’.

Manfaat persekitaran yang dilihat semasa perintah berkurung global menyebabkan para saintis dan selebriti menyeru ‘perubahan radikal’ untuk menyelamatkan bumi ini dan bukannya kembali normal.

Tetapi banyak peniaga mahukan agar sekatan dilonggarkan dengan segera.

Kilang Suriya mendermakan keranda kepada pelanggan yang kurang berkemampuan yang datang untuk mengebumikan orang yang tersayang, kata pengurus Thanatat.

Pengurangan kematian berterusan hampir pasti akan menjadi landasan bagi berkuburnya perniagaan mereka, tambahnya.

“Jika wabak ini berlarutan, kami mungkin terpaksa mengurangkan produksi kami dengan lebih banyak lagi. Kami perlu mengurangkan kos hampir semuanya.”- AFP