Saturday, December 7, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hilang ketika cari siput

    KOTA KINABALU, 15 OKT – Seorang lelaki dikhuatiri hilang ketika mencari siput di perairan Pulau Keramat, Rampaian Laut, Kota Belud, semalam.

    Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Labuan Laksamana Pertama (M) Mohd Rosli Abdullah berkata mangsa, Mohd Hafizan AbdulMuara, 21, dari Kampung Rampaian, Kota Belud telah keluar bersama tiga rakannya untuk mencari siput tetapi disedari hilang dipercayai dipukul ombak kira-kira 3 petang.

    “Usaha mencari mangsa turut dilakukan oleh orang kampung pada petang semalam sejurus dimaklumkan oleh rakan-rakan mangsa, bagaimanapun mangsa tidak dijumpai,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Mohd Rosli berkata pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada 7:30 malam semalam dan disambung 7 pagi tadi serta menggerakkan Bot Pengawal 38 ke lokasi dibantu aset dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda