Hilangnya tokoh seni

Penyanyi era 60an iaitu Datuk A. Rahman Hassan meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak.

Anak sulungnya Khir Rahman berkata, arwah meninggal dunia kira-kira pukul 12.40 tengah malam Khamis. Penyanyi lagu Tak Mengapa ini telah dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam, Taman Keramat pada Khamis lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu pelakon Datin Fadilah Mansor dan dua orang anak termasuk pelakon dan pengarah Khir Rahman. Anak keduanya iaitu Khairul Ilmi meninggal dunia pada 2016 akibat kanser.

A. Rahman, 73, dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur selepas tidak sedarkan diri kira-kira pukul 10 malam Isnin lalu. Menurut Khir, bapanya pitam di sebuah stesen minyak dan kemudian dihantar ke hospital menaiki ambulans. A. Rahman pernah berkahwin dengan Datin Azizah Mohamad yang juga penyanyi kumpulan Orkes Nirwana.

Allahyarham meninggal dunia pada 26 April 2013 akibat kanser pangkal rahim tahap akhir selain menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. A. Rahman kemudiannya berkahwin dengan Fadilah pada 25 Disember 2014.

Antara lagu popular nyanyian Allahyarham ialah Semoga Berjaya, Bimbang, Tak Mengapa dan Perpaduan Hidup. Kali terakhir Allahyarham beraksi dalam sebuah acara berprestij ialah pada Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) pada tahun lalu membawa lagu Tak Mengapa. – Agensi

Datuk A. Rahman Hassan meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat strok dan pendarahan pada bahagian otak. – Agensi