Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Hina agama beri arak kepada ‘Muhammad’

    JAKARTA, 24 JUN – Sebuah rangkaian bar terkenal di Indonesia disiasat kerana menghina agama selepas mempromosikan minuman alkohol secara percuma kepada sesiapa yang bernama ‘Muhammad’ menurut pihak polis hari ini.

    Promosi itu mencetuskan kemarahan di negara majoriti Islam terbesar dunia.

    Bar Holywings telah menawarkan minuman beralkohol percuma kepada lelaki yang bernama Muhammad dan wanita bernama Maria setiap Khamis jika mereka menunjukkan kad pengenalan mereka.

    Sekurang-kurangnya dua pertubuhan belia telah membuat laporan terhadap rangkaian bar itu kerana menghina agama, jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum lima tahun mengikut undang-undang di Indonesia, menurut polis Jakarta.

    Pihak berkuasa melancarkan siasatan mengenai promosi dibuat bar tersebut dan memberi amaran kepada awam agar tidak menyerbu rantaian premis berkenaan, menurut jurucakap polis, Endra Zulpan semasa sidang media hari ini.

    Perniagaan itu didesak untuk membuat permohonan maaf dan pihak pengurusan mendakwa mereka tidak menyedari mengenai promosi tersebut. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...