Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Hindari budaya songsang

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 25 OGOS – Hubungan tidak sihat yang bertentangan dengan ajaran agama Islam seperti hubungan seks sejenis dan bebas membawa kepada fahaman budaya songsang melawan arus sistem agama, kemanusiaan dan keluarga.

    “Mereka yang memilih serta terjebak dalam budaya songsang ini telah melakukan sesuatu yang tidak normal serta tidak menghormati institusi keluarga, agama dan adat budaya sebagai orang Timur,” tekan Awang Muhammad Nur Hidayat bin Haji Meraji @ Marajah semasa menyampaikan tazkirah bertajuk ‘Hindari Budaya Songsang’ kepada para pelajar di semua persekolahan agama dan Arab yang diadakan serentak seluruh negara dalam Program Keagamaan Senegara Persekolahan Ugama dan Arab, hari ini.

    Menurutnya lagi, budaya songsang itu merosakkan sistem sosial, keluarga dan kemanusiaan sejagat.

    Tazkirah yang diadakan di Mahad Islam Brunei, Tutong itu dihadiri oleh seramai 373 orang pelajar terdiri daripada 177 orang pelajar lelaki dan 196 pelajar perempuan Mahad Islam Brunei.

    Turut hadir ialah Pegawai Pemantau dari Jabatan Pengajian Islam (JPI), Hajah Ruzaiha binti Haji Abdul Halim.

    Hajah Ruzaiha bersama tenaga pengajar dan warga sekolah Mahad Islam Brunei semasa hadir pada majlis tersebut.

    Awang Muhammad Nur Hidayat dalam kenyataan yang diterima seterusnya mengatakan antara faktor penyebab terjerumus ke dalam dunia seks bebas adalah dorongan individu, trauma masa lampau ketika zaman kanak-kanak, peluang dan ruang, pendidikan seks yang salah, salah faham terhadap takdir, pengaruh negatif media massa dan elektronik serta banyak lagi.

    Oleh itu, katanya, dalam usaha untuk membangunkan dan mengekalkan nilai murni yang baik, remaja yang terjerumus ke dalam budaya tidak sihat perlu kembali ke pangkuan ibu bapa dan penjaga yang menyayangi mereka dan sedar bahawa keterlibatan dan kegiatan mereka dalam budaya hubungan tidak sihat yang bertentangan dengan ajaran agama Islam seperti hubungan seks sejenis dan bebas itu sebenarnya adalah salah.

    Terdahulu acara itu dimulakan dengan bacaan Salawat Tafrijiyyah, diikuti Sayyidul Istighfar dan seterusnya Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Al-Mulk beramai-ramai.

    Manakala pada sebelah petang, program seumpamanya turut diadakan di empat buah sekolah agama di negara ini iaitu Sekolah Ugama Pusar Ulak (Brunei 1), Sekolah Ugama Tumpuan Telisai (Tutong), Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan Sultan Omar ’Ali Saifuddien (Belait) dan Sekolah Ugama Sultan Hashim Batu Apoi (Temburong).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...