Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hindari kecuaian menjaga anak, elak hipertermia

    WASHINGTON – Sekumpulan penyelidik dari Amerika telah melakukan kajian terhadap beberapa buah kereta yang telah diletakkan terdedah di kawasan terik matahari.

    Daripada kajian yang telah dijalankan tersebut secara tidak langsung turut memperlihatkan kesannya terhadap suhu badan dan setentunya ia merupakan satu tabiat buruk diamalkan oleh ibu bapa sekiranya mereka gemar meninggalkan anak mereka di dalam kereta, terutama sekiranya ia berlaku dalam tempoh yang terlalu lama.

    Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Temperature melaporkan bahawa sekiranya seorang kanak-kanak terperangkap di dalam sebuah kereta di bawah panas terik matahari selama satu jam, setentunya mereka akan terdedah pada kecederaan akibat merasakan suhu terlalu panas atau meninggal dunia disebabkan oleh hipertemia.

    Walaupun suhu sebenar yang boleh menyebabkan kematian sekiranya kanak-kanak dibiarkan di dalam kereta yang diletakkan di bawah panas terik matahari masih belum dapat dipastikan, namun menurut kes yang pernah didapati sebelum ini suhu setinggi 40 darjah Celsius adalah paras bahaya dan memang ada yang telah meninggal dunia ketika berada pada suhu sepanas tersebut.

    Dalam kajian ini, para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Arizona dan Universiti California di San Diego telah melakukan kajian berdasarkan data daripada suhu badan pada seorang budak lelaki berusia dua tahun.

    Meletakkan kereta di bawah terik matahari secara tidak langsung meningkatkan suhu dalaman seseorang mencecah sehingga melebihi 40 darjah Celsius. – Gambar hiasan
    Jangan sesekali meninggalkan anak di dalam kereta secara berseorangan terutama jika kereta anda terdedah pada kawasan yang terlalu panas. – Gambar hiasan

    Pasukan penyelidik tersebut telah mendapati bahawa suhu badan kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta yang diletakkan di bawah terik matahari boleh meningkat setinggi 40 darjah Celsius hanya dalam tempoh masa satu jam dan meningkat pada suhu yang sama dalam tempoh dua jam, sekiranya ia diletakkan di kawasan terlindung.

    Dalam kajian tersebut, para penyelidik telah menggunakan enam buah kereta yang mana setiap dua daripadanya adalah jenis yang sama iaitu dua buah kereta sedan, dua buah kereta bertaraf ekonomi dan dua buah mini van.

    Semasa musim panas yang boleh mencapai suhu setinggi 37 darjah Celsius di Arizona, para penyelidik telah meletakkan setiap kategori daripada kereta tersebut di dua tempat berbeza iaitu di bawah terik matahari dan tempat terlindung dalam tempoh masa sehari.

    Dari situ, mereka akan mula meneliti suhu udara dalaman dan suhu permukaan di dalam kereta tersebut.

    Bagi kereta yang diletakkan di bawah panas terik matahari, secara purata suhu dalamannya boleh meningkat setinggi 46.7 darjah Celsius dalam tempoh masa sejam, merangkumi 47.8 darjah Celsius di kawasan papan pemuka mencapai pada suhu 69.4 darjah Celsius, stering pada suhu 52.8 darjah Celsius dan tempat duduk pula berada pada suhu setinggi 50.6 darjah Celsius.

    Sementara, kenderaan yang diletakkan di bawah kawasan terlindung pula cenderung untuk berada pada suhu 37.8 darjah Celsius dalam tempoh masa sejam.

    Manakala dari jenis kereta pula, suhu dalaman kereta lebih cepat meningkat pada kereta bertaraf ekonomi diikuti dengan sedan dan minivan.

    Daripada suhu panas yang berada di dalam kereta ini secara tidak langsung akan menyebabkan peningkatan pada tekanan darah sekali gus menyebabkan hipertermia.

    Hakikatnya, kecederaan dalaman boleh mula berlaku pada suhu 40 darjah Celsius di mana ia secara perlahan akan menyerang kawasan otak dan merosakkan organ yang lain. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda