Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hindari masalah menoragia melampau ketika haid

    CARA paling mudah untuk mengetahui jika anda mengalami menoragia (pendarahan uterus di rahim abnormal berlebihan tidak cukup) adalah dengan kekerapan anda menukar tuala wanita yang anda gunakan pada setiap satu atau dua jam.

    Di samping itu, terdapat juga beberapa faktor yang menyumbang kepada terjadinya menoragia atau pendarahan haid yang banyak.

    Hormon tidak seimbang

    Selepas anak gadis mengalami haid pertamanya atau beberapa tahun sebelum menopaus apabila haid mula berkurangan, tahap hormon wanita tidak stabil yang mana ia kerap membawa kepada pendarahan uterus yang berlebihan semasa haid.

    Adalah tidak mustahil untuk merawat menoragia yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dengan menggunakan pil pencegah kehamilan atau pil hormon lain.

    Tumor fibroid pada uterus

    Faham bawa tumor fibroid selalunya tumor benign (bukan kanser) yang kerap muncul dalam uterus wanita berusia 30 an atau 40 an.

    Beberapa rawatan pembedahan boleh diperoleh untuk merawat tumor fibroid pada uterus termasuklah miomektomi (pembedahan untuk membuang tumor benign dari dinding berotot pada uterus), pengablatan endomental (pembuangan tisu melalui pembedahan), embalization arteri uterus, terapi belon uterus dan histerektomi.

    Rawatan farmalogikal bukan pembedahan untuk tumor fibroid termasuklah GnRH agonist, pil pencegah kehamilan, androgens dan gestrinone.

    Sebaik menopaus muncul, tumor fibroid uterus akan mengecut dan hilang tanpa memerlukan rawatan.

    Polip serviks

    Adalah kecil, ketumbuhan mudah pecah yang bermula sama ada dalam permukaan mucosal serviks atau salur endocervical dan menonjol ke hadapan melalui pembukaan serviks.

    Wanita yang biasa mendapat polip serviks adalah mereka yang berumur lebih daripada 20 tahun dan mempunyai anak.

    Rawatan membuang ketumbuhan yang disertai dengan antibiotik adalah rawatan biasa yang dilakukan untuk polip serviks.

    Polip endometrial

    Ketumbuhan bukan kanser menonjol ke hadapan daripada lapisan dalam uterus. Penyebab tidak jelas walaupun ia sering dikaitkan dengan estrogen berlebihan berikutan dengan rawatan hormone atau beberapa jenis tumor ovari.

    Rawatan untuk polip endometrial termasuklah hysteroscopy dan D&C iaitu pembuangan susulan untuk kanser.

    Lupus

    Adalah keradangan kronik dan penyakit autoimun yang memberi kesan kepada beberapa bahagian tubuh, terutama-nya kulit, sendi, darah dan buah pinggang.

    Dipercayai bahawa pesakit mempunyai genetik. Gejala-gejala Lupus berbeza antara satu pesakit dengan pesakit yang lain. Begitu juga dengan rawatan-rawatannya.

    Penyakit Keradangan Pelvik (PID)

    Adalah jangkitan pada satu organ atau lebih yang memberi kesan pada uterus, tiub falopio, serviks. Ia adalah penyakit jangkitan hubungan kelamin tetapi boleh muncul berikutan kelahiran anak damit, pengguguran atau prosedur ginekologi lain.

    Kanser serviks

    Sejenis kanser yang muncul apabila sel-sel dalam serviks menjadi abnormal, berganda tanpa kawalan dan kerosakan bahagian sihat pada tubuh.

    Human papillomavirus atau HPV adalah penyebab lebih daripada 90 peratus kanser serviks. Rawatan bagi kanser serviks adalah termasuk pembedahan, kemoterapi dan terapi radiasi.

    Kanser endometrial

    Membran mucus yang menyaluti rahim muncul apabila sel-sel abnormal dalam uterus atau endometrium (lapisan dalam uterus) berganda tanpa kawalan dan merosakkan uterus dan organ-organ lain.
    Dipercayai bahawa wanita yang didiagnosis dengan kanser jenis ini cenderung berusia lebih 50 tahun, kerap mengalami endometrial hyperplasia atau banyak kali menggunakan terapi penggantian hormon (HRT).

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda