‘Hindari rasuah dalam bola sepak’

ATHENS, 26 FEB – Kerajaan Greece telah menandatangani satu perjanjian dengan UEFA untuk memastikan bola sepak Greece bebas daripada sebarang unsur rasuah, pengaturan perlawanan dan masalah lain.

“Kami telah mengambil langkah politik demi kebaikan bola sepak Greece dan kami memohon bantuan untuk ke arah itu,” Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis memberitahu ketua UEFA, Aleksander Ceferin.

Pengisytiharan tersebut telah ditandatangani oleh dua perwakilan yang diperhati oleh timbalan presiden FIFA, Greg Clarke ‘menunjukkan komitmen untuk melakukan pembaikan dan menaik taraf sukan bola sepak Greece.” menurut Mitsotakis.

UEFA berhajat untuk mengeluarkan laporan tersebut dalam masa tiga bulan untuk membaik pulih pentadbiran bola sepak Greece.

Pengadil perlawanan telah mengadakan rusuhan pada tahun 2018 dan mengancam untuk mengadakan rusuhan setelah pengadil diserang dan penyokong tempatan dan kelab Olimpiakos Pirates cuba untuk mendakwa lima pengadil.

Kedua-dua pihak berjumpa dua hari selepas perlawanan bersahabatan di antara kelab nombor satu PAOK Thessaloniki dan Olympiakos Piraeus. – AFP

Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis berharap pihak UEFA akan sama-sama membantu untuk mengekalkan bola sepak Greece bebas daripada unsur rasuah. – AP